Skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023 selepas membenam cabaran Singapura pada aksi final prakelayakan Asia-Oceania ITF World Junior Team Championship yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka.<br /><br />Kejayaan itu hadir menerusi dua pemain perseorangan iaitu Adani Raihan Muhammad Azhari dan Daania Daniella Abd Hazli sebelum dilengkapkan oleh pasangan beregu Lynn Lim Lim/ Adani Raihan Muhammad Azhari.